Official Malaysian Government Website

Jata Negara — Government of Malaysia crest

Langkah Awal KerajaanMelindungi Rakyat

Keutamaan Kerajaan adalah untuk menjamin kestabilan bekalan tenaga dan makanan demi kesejahteraan rakyat serta memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang kukuh dan berdaya tahan.

Bantuan Tunai

Kerajaan komited meneruskan bantuan tunai demi mengawal kesan kos sara hidup rakyat akibat krisis bekalan global.

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

    Bantuan tunai sehingga RM2,200 setahun, disalurkan dalam empat fasa mengikut kategori dan pendapatan isi rumah.

    Info Lanjut
  • SARA Bulanan

    Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang menerima bantuan sehingga RM2,400 melalui MyKad.

    Info Lanjut
  • SARA Untuk Semua

    Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas menerima kredit RM100 pada Februari 2026.

    Info Lanjut

Barangan Keperluan Asas

Program Jualan RAHMAH MADANI & Jualan Agro MADANI.

  • Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP)

    Penetapan harga maksimum bagi barangan terpilih sepanjang musim perayaan.

    Info Lanjut
  • RAHMAH MADANI

    30,000 program jualan menawarkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.

    Info Lanjut
  • Penguatkuasaan Anti Pencatutan

    Penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

    Info Lanjut
  • Sistem Kawalan & Pemantauan Minyak Masak Bersubsidi

    Pemantauan melalui eCOSS dan sistem digital bagi memastikan bekalan minyak masak bersubsidi.

    Info Lanjut
  • Jualan Agro MADANI

    2,399 sesi jualan (April–September 2026) menawarkan produk segar terus dari ladang.

    Info Lanjut

Bantuan Subsidi Bahan Api

Kerajaan meneruskan pelaksanaan subsidi bahan api secara bersasar bagi melindungi rakyat, mengekalkan kestabilan kos pengangkutan serta menyokong kelangsungan sektor ekonomi dan rantaian bekalan negara.

  • BUDI95

    RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan kuota 200 liter sebulan untuk lebih 16 juta warganegara Malaysia.

    Info Lanjut
  • Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)

    RON95 pada harga RM2.05 seliter untuk 23 jenis pengangkutan awam darat dan air, serta pengangkutan barangan darat yang diluluskan.

    Info Lanjut
  • Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0

    Diesel pada harga RM2.15 seliter untuk 23 jenis pengangkutan barangan darat yang diluluskan.

    Info Lanjut
  • BUDI DIESEL

    Bantuan tunai sedia ada RM200 sebulan, termasuk tambahan interim RM200.

    Info Lanjut
  • Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0

    Diesel pada harga RM1.88 seliter untuk 10 jenis pengangkutan awam yang diluluskan.

    Info Lanjut
  • Nelayan

    Diesel bersubsidi pada harga RM1.65 seliter kepada nelayan yang layak.

    Info Lanjut
  • Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan

    Harga diesel dikekalkan pada RM2.15 seliter dengan had pengisian 50 hingga 150 liter bagi setiap pembelian mengikut kategori yang ditetapkan.

    Info Lanjut

Pertanian

  • Kadar Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) ditingkatkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar.

    Info Lanjut
  • Syarat pembelian diesel melebihi 20 liter bagi kegunaan jentera pertanian dilonggarkan bagi memudahkan urusan pesawah.

    Info Lanjut

Pakej Pembiayaan PMKS

Bagi membantu PMKS menghadapi tekanan kos dan ketidaktentuan ekonomi global, Kerajaan menyediakan akses kepada pembiayaan, jaminan kredit serta kemudahan pematuhan yang lebih fleksibel.

  • RM5 bilion jaminan pembiayaan disediakan melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi membantu perusahaan mendapatkan akses pembiayaan.

    Info Lanjut
  • Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS bernilai RM5 bilion melalui Bank Negara Malaysia menawarkan pembiayaan sehingga RM75,000 pada kadar serendah 3.7% setahun.

    Info Lanjut
  • Pelaksanaan e-Invois Fasa 4 diberi tempoh peralihan tambahan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2027.

    Info Lanjut
  • Kemudahan pembiayaan mikro melebihi RM5 bilion disediakan untuk menyokong lebih 400,000 usahawan mikro, dengan pembiayaan sehingga RM100,000.

    Info Lanjut

Pendidikan

Kerajaan terus memperkukuh sokongan kepada pelajar bagi memastikan kebajikan, akses kepada pendidikan dan keperluan asas sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran semasa.

  • Dapur Siswa MADANI & Food Bank IPT

    Menyediakan bantuan makanan dan keperluan asas kepada pelajar IPT yang memerlukan bagi memastikan kebajikan mahasiswa terus terpelihara.

    Info Lanjut
  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Atas Talian

    Memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan tanpa gangguan melalui pelaksanaan PdP secara atas talian apabila diperlukan.

    Info Lanjut
  • Menu Kasih Siswa

    Menyediakan pilihan makanan pada harga berpatutan bagi membantu pelajar mengurus kos sara hidup serta memastikan akses kepada makanan yang mampu dibeli.

    Info Lanjut

Bekerja dari Rumah & Aturan Kerja Fleksibel

Pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) bagi membantu rakyat menyesuaikan diri dengan cabaran semasa sambil mengekalkan kesejahteraan dan produktiviti.

  • Bekerja Dari Rumah (BDR)

    Pelaksanaan BDR bagi penjawat awam sehingga 3 hari seminggu, berkuat kuasa mulai 15 April 2026.

    Info Lanjut
  • Aturan Kerja Fleksibel di GLC/GLIC

    Galakan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) untuk melaksanakan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) termasuk BDR.

    Info Lanjut
  • Sokongan Pelaksanaan AKF

    Khidmat rundingan dan advokasi oleh Jabatan Tenaga Kerja serta TalentCorp bagi membantu pelaksanaan AKF di sektor swasta.

    Info Lanjut

Pengangkutan & Logistik

Kerajaan memastikan rangkaian pengangkutan dan logistik negara terus berfungsi bagi menjamin kelancaran pergerakan rakyat dan bekalan penting.

  • Diskaun Tambang KTMB

    Diskaun tambang sehingga 30% bagi laluan terpilih pada hari bekerja.

    Info Lanjut
  • Pas Perjalanan Tanpa Had

    Pas perjalanan tanpa had pada kadar berpatutan bagi pengguna pengangkutan awam.

    Info Lanjut
  • Subsidi Tiket Penerbangan

    Subsidi tiket penerbangan sempena musim perayaan bagi mengurangkan kos perjalanan.

    Info Lanjut

Tenaga & Kelestarian Sumber

Kerajaan menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih cekap sambil membantu rakyat mengurus kos utiliti dan mengurangkan penggunaan tenaga.

  • Rebat Pemasangan Solar

    Rebat tunai bagi menggalakkan pemasangan sistem solar dan penggunaan tenaga boleh baharu.

    Info Lanjut
  • Insentif Cekap Tenaga

    Galakan penggunaan elektrik secara cekap bagi pengguna dengan penggunaan di bawah 1,000 kWj.

    Info Lanjut
  • Time of Use (ToU)

    Kadar elektrik lebih rendah pada waktu luar puncak bagi membantu penjimatan kos tenaga.

    Info Lanjut
  • Rebat Bil Elektrik

    Bantuan rebat bil elektrik kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar.

    Info Lanjut